Bismillahirahmanirrahim
  Barulah sekarang sempat nak update blog,walaupun tengah pagi-pagi buta ni..Saje je nak kongsi cerita la...pasal surah-surah dalam Al-Quran yang sering saya baca waktu di sekolah.Aktiviti yang dianjurkan oleh BADAR sekolah InteJ ni memang best la.Tak boleh dinafikan lagi.Diorang selalu buat kulimin lah(kuliah lima minit),bacaan Al Quran,bacaan Yaasiin,dan banyak lagi lah..Yang paling seronok ada aktiviti made dan qasidah..humm...tak pecaya ke best..tanya lah semua warga InteJ..semua pasti jawab best gile.

  Hari ni time tengah ade masa ni nak share lah sikit pasal Surah-Surah pilihan yang kitorang baca masa selang maghrib dan isyak.Antara surah yang selalu kami baca ialah Al Mulk(selalu),As Sajjadah,al Waqiah dan Ar Rahman.

  Ok,dalam kesempatan ni jugak saya nak share kan beberapa ayat,

Dalam surah Ar Rahman:Orang yang tak bernah rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi,ayat yang menjadi buktinya ialah:"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan".Dalam konteks ayat tersebut kita dapat faham bahawa Allah menyoal : Mengapa kamu tak mensyukuri nikmat yang Aku dah bagi?Dalam surah ini juga Allah memberitahu bahawa Dia telah mengurniakan nikmat seperti:ciptaan manusia,ciptaan tumbuh-tumbuhan serta ciptaan yang lain-lain.'kamu' itu merujuk kepada manusia.Manusia diketegorikan kepada makhluk yang berakal.Jadi dalam Al QUran ALlah menyatakan bahawa Allah sudah memberi nikmat kepada manusia,akan tetapi manusia tidak mensyukuri nikmat itu serta mereka bongkak dan sombong dengan nikmat tersebut.Fakta:bermula ayat ke 48,Allah menceritakan perihal syurganya."Kedua syurga itu mempunyai pepohon","kedua syurga itu mengalirnya sungai" dan lain-lain.

  Dalam surah Al Waqiah pula,Allah menceritakan perihal 3 golongan: golongan terdahulu (beriman) golongan kanan (menerima catatan tangan kanan) dan golongan yang kiri (menerima catatan tangan kiri) selepas berlakunya kiamat.Contoh ayat:"Dan kamu menjadi tiga golongan".Detail surah ini,selepas kiamat manusia dikumpulkan ke padang mashar.Manusia berhimpun di situ bagai berterbangan kesana kemari.Wujud juga mereka kepada tiga golongan,golongan terdahulu(golangan beriman),golongan kanan(menerima buku catatan dengan tangan kanak),golngan kiri(golongan menerima catatan dengan tangan kiri).Allah memerihalkan bahawa golongan terdahulu yang mendapat kebaikan.Ayat yang menyatakan : mereka berada diatas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata".Seterusnya,golongan kanan.Allah menyatakan mereka mendapatn kenikmatan seperti berteduh dibawah pohon tidak berduri dan pokok pisang yang bersusun.Ayat yang menyatakan : "(mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri" serta "dan pohon pisang yang bersusun buahnya".Akhir sekali golongan kiri.Allah memurkai golongan ini dan mengazab mereka dengan azab yang teeramat pedihnya.Ayat menyatakan : "pasti akan memakan pohon zaqqum".buah zaqqum(buah di neraka) yang mempunyai duri-duri itu dimakan oleh golongan ini.Al waqiah juga merupakan surah pembuka rezeki.
bersambung~

No comments: