Kehidupan Seorang Penganggur

Assalamualaikum,
Sudah sekian lama aku tidak menjenguk blog ini.
Sudah bersarang agaknya.. Maklumlah.. Sibuk dengan SPM tahun ni. Sampai tak sempat untuk aku mengemaskini maklumat yang ada.

Bismillah.
Tujuan aku menulis blog hari ni bukannya apa.Kebosanan telah melanda diri aku.Maklumlah baru sahaja menjadi alumni ni.Bukan senang.Hidup menganggur saja di rumah.Jadi anak mithali sekejap.Tolong mak ayah.Almaklumlah.Duduk asrama ni bukan mudah.Mak ayah kita pun berjauhan.Setelah sekian lama,Bolehlah aku lepaskan rindu aku pada mereka.Malangnya,hidup bukan mudah untuk mudah bukan susah untuk susah.Sejak kebelakangan ini,aku tidak resah.Terasa bazirnya masa aku duduk di rumah tanpa bekerja atau membuat perkara yang berfaedah kepada diriku.

Hmm.Hilangkan rasa resah.Mari kita tukar topik.Takpalah.Hari ni aku akan ceritakan perjalanan aku sepanjang menghabiskan cuti 'pengangguran' ini.Pada mulanya,di sekolah,sewaktu aku mula-mula mengemaskan barang-barang yang akan aku bawa pulang,Rakan-rakan aku sibuk berlari kesini kesana.Timbul suasana riuh.Maklumlah,baru sahaja kertas SPM Biologi habis semalam.Mereka mendapatkan selimut,baju,seluar untuk rakan-rakan menulis tandatangan mereka pada helaian pakaian tersebut.Ada yang menggeletek hati apabila ada dalam kalangan mereka memberikan seluar dalam untuk ditandatangani.Amboi dasyat sangat.Kemudian beberapa jam kemudian.Rakanku memanggil.

"Fareezuan,ayah kau dah sampai".Terkejut  aku waktu itu kerana baju aku belum dikemas sepenuhnya.

Lantas aku menyumbat semua baju-baju aku ke dalam beg bagasi dengan rakusnya.Aku menyeluk segala barangan yang terletak di bahagian atas loker dengan pantas aku campakkan ke dalam beg kertasku.

Selepas aku siap berkemas,aku dengan pantas menarik beg bagasiku menuju ke kereta ayah.Waktu itu mereka melihat aku dan bergemalah RAYUAN-JANGAN-BALIK.(Fahamkan?).Maksudnya mereka mula berkata kepada aku supaya jangan pulang nanti mereka rindu.Mereka mula mendapatkan aku untuk mengambil tandatangan.Kami juga telah bergambar bersama.Maksud aku,memang ramai.Betul-betul ramai.Pengalaman yang tak dapat aku lupakan.Terima Kasih kawan-kawan.Mari aku kongsikan sedikit gambar rakan-rakan aku.

Setelah sampai di rumah.Aku dikejutkan dengan hadiah istimewa daripada ayahku,iaitu telefon pintar.Adakah telefon pintar sesuatu keperluan?Zaman sekarang ni,banyak benda yang manusia tidak boleh lakukan tetapi alatan ciptaan manusia boleh contohnya internet.Dapat menghubungkan hubungan jarak jauh dengan mudah.Itu suatu perkara yang perlu kita bersyukur kepada nikmat akal.Alhamdulillah.

Seterusnya,beberapa hari selepas aku pulang.Aku perlu mengikut keluargaku untuk menghantar abang sulungku ke Uitm Tapah,Perak.Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam.Mulanya ayah tidak mahu menetap sebentar disana.Setelah digesa oleh aku,barulah ayah mengambil keputusan untuk menetap disana.Ayah telah mendapatkan sebuah homestay yang amat selesa buat kami.Kiranya,perjalanan kami bertukar menjadi lawatan.Menjelang keesokkan harinya,meneroka kawasan di sekitar Tapah.Mencari pasaraya.Untungnya,disana ada KTM.Mudah untuk abang aku pulang ke rumah.Setelah penat menghabiskan masa disana,kami pulang dengan meninggalkan abang aku.

Selang beberapa hari kemudian.Salah seorang rakanku mengajak aku untuk mengambil lesen.Hasrat sebenar dia adalah untuk menemani dirinya kerana dia takut tiada teman di sana.Setelah aku memberitahu ayah,ayah terus benarkan aku untuk menyertai kelas memandu tersebut.Pada mulanya,Mentor kami menjemput aku diluar rumah.Kemudian setibanya di Ampangan,dia mengambil rakanku pula.Kami agak kekok pada mulanya.Aku mengambil kelas memandu ini di Akedemi Memandu Cott.Pada mulanya,kami agak takut dengan suasana persekitaran.Maklumlah,dulu-dulu sekolah tepi hutan hujan sekarang kena tinggal hutan batu pulak.Mentor kami menyuruh untuk makan sarapan di kantin.Kami puas berpusing mecari kantin dimana.Aku meneruskan perjalan ke atas satu anak bukit yang terdapat di sana.Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat ramai lagi rakan aku yang mengambil kelas memandu disini.Perasaan kekok mulai pudar.Setelah hamper separuh hari .......(bersambung.. den da ponek)
My very first uploaded video on youtube.com.
She's my little sister,Is she Adorable :). I love her so much :D .
Enjoy she sing.




I love this Comedy show.It called Sonny with a Chance.Starring Demi Lovato and Sterling Knight.
They are cute together.Haha,
Enjoy thier show. :)